A+ A A-

headerBM mysihat

Utama | Direktori Staff| Maklumat Korporat | Peta Laman

                    barcode  Malaysian Health Promotion Board Facebook  youtube  br logo2 mobilev

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
Unit No.13-4, Level 4, Galleria Cyberjaya,
Jalan Teknokrat 6, Cyber 5
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.
 
Tel : 03-8311 9300
Fak : 03-8322 5959
 
 

Email : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

 

  • Kategori: Pautan MySihat
  • Hit: 13645

faq min

1. Apakah peranan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)?
Peranan MySihat adalah untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui Pertubuhan pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

2. Apakah yang dimaksudkan dengan geran?
Suatu jumlah wang yang diberikan kepada mana-mana Pertubuhan yang berdaftar bagi membiayai aktiviti atau program promosi kesihatan untuk dilaksanakan oleh Pertubuhan berkenaan.

3. Siapa yang layak memohon geran?
Permohonan terbuka kepada semua Pertubuhan-pertubuhan kesihatan, sukan, rekreasi dan kebudayaan yang tidak bermotifkan keuntungan dan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pesuruhjaya Sukan Malaysia (SC) dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk melaksanakan program dan aktiviti promosi kesihatan.

4. Apakah syarat utama pelaksanaan aktiviti?
Semua pemohon yang berjaya mendapat geran projek hendaklah melaksanakan polisi awam sihat dalam Pertubuhan mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga. Penerima geran hendaklah mengiktirafkan Lembaga secara lisan melalui pernyataan dan bertulis melalui penggunaan logo di dalam apa-apa bahan promosi program atau aktiviti.

5. Bagaimanakah pemohon boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai geran MySihat?
Pemohon boleh melayari laman web MySihat iaitu www.mysihat.gov.my atau berhubung terus dengan pegawai di Bahagian Perancangan dan Penilaian Program di talian : 03-8311 9300.

6. Dimanakah pemohon boleh mendapatkan borang permohonan geran?
Permohonan geran hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web MySihat : www.mysihat.gov.my

7. Adakah terdapat tarikh tutup bagi permohonan geran yang ingin dihantar oleh pemohon?
Ya. Permohonan geran MySihat dibuka mulai 1 Januari hingga 30 September setiap tahun.

8. Dimanakah borang permohonan geran perlu dihantar?
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (MYSIHAT)
UNIT 13-4, ARAS 4, GALLERIA CYBERJAYA
JALAN TEKNOKRAT 6, CYBER 5
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN.

9. Adakah terdapat bidang keutamaan bagi program yang ingin dianjurkan oleh pemohon?
Ya. MySihat ada menyenaraikan bidang-bidang keutamaan promosi kesihatan yang diberi keutamaan atau prioriti untuk sesuatu permohonan oleh Pertubuhan seperti berikut:
a. Kawalan dan pencegahan penggunaan tembakau dan alkohol;
b. Promosi cara hidup sihat seperti promosi senaman atau aktiviti fizikal dan makan secara sihat;
c. Kesihatan persekitaran;
d. Kesihatan mental;
e. Pencegahan kanser;
f. Pencegahan diabetes;
g. Pencegahan penyakit kardiovaskular;
h. Pencegahan obesity (kegemukan);
i. Kesihatan seksual (termasuk HIV/ AIDS);
j. Penyelidikan di bidang promosi kesihatan;
k. Promosi kesihatan melalui aktiviti sukan dan kebudayaan; dan
l. Bidang-bidang lain (sila nyatakan).

10. Adakah terdapat sebarang kategori bagi geran yang ditawarkan oleh MySihat?
Ya. Terdapat lima (5) kategori bagi geran yang ditawarkan oleh MySihat iaitu:
a. Projek Promosi Kesihatan;
b. Sukan & Rekreasi;
c. Kebudayaan;
d. Penyelidikan; dan
e. Bina Upaya

11. Bilakah keputusan permohonan geran akan dimaklumkan kepada pemohon?
Keputusan permohonan geran akan dimaklumkan setelah Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kategori geran masing-masing bersidang dan membuat kelulusan. MySihat akan mengemukakan keputusan permohonan secara bertulis.

  • Hit: 16465

news activity min 

01 - Januari 2018

02 - Februari 2018

 

 

Artikel Lagi...

  1. Perkhidmatan Kami
kkm spa jpa myhealth infosihat 1akses amm MOVeSKOSPEN2 mygov msc who seatca1 intan mampu LogoKOSPEN2